Pages

thanks for visit me!

Sunday 25 December 2011

Biarlah bercinta bukan kerana NAFSU!



Apa yg Dyg kongsikan ini bukanlah untuk bacaan semata-mata tapi Dyg mengharapkan kesedaran dalam diri kita. Letakkan lah diri kita ini didalam penulisan ini. sedarkah kita? sombongkah kita tak mahu menerima salahnya kita? atau yakinkah kita cinta kita itu dilihat oleh Allah? sentiasa menyebut insyaAllah, sentiasa mengharap redha Allah, sentiasa merintih kepada Allah tetapi perbualan, perbuatan, mesej, telefon kita semuanya menjurus kepada apa yang di larang ALLAH dan perintah ALLAH SWT..sedarlah sahabat-sahabatku..dikau pembawa AGAMA ISLAM..tak kan kerana cinta itu dikau sanggup meninggalkan AGAMA…!!

ye benar cinta itu fitrah tetapi jika cinta itu didasari dan dijalani dengan maksiat dan kelalaian semata-mata cintamu itu bukan lagi fitrah tetapi adalah kotor dan jijik di mata ALLAH swt.
Sahabat2ku sedarlah kita..berhentilah kita..jauhlah kita daripada cinta yang kotor dan jijik ini dan carilah cinta daripada ALLAH SWT MAHA PENCIPTA!!…



CINTA : (sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
 I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama


(selepas kahwin)
C= cuka yang dituang pada luka.
 I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.





KASIH : (sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.




SAYANG : (sebelum kahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!

A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!

A = apa saja sanggup diduga.

N = nak itu, nak ini… mesti dapat.

G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.

A = air tak sedap, basahlah mata.

Y = yang betul dia je.

A = ada takde, bagi anak reti la.

N = nak dilawan, digelar derhaka.

G = gaduh sampai lebam.




HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa… nak buat macam mana?


                                                      <<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>



tetapi yg seharusnya ialah…
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

KETEGASAN itu suatu cara menyedarkan hati yang keras dan buta dek kerana cinta nafsu….
AGAMA dan ALLAH hanya bermain dimulut…
tetapi sebenarnya AGAMA dan ALLAH teramat jauh dari sekali dari sudut hati..
hingga perkataan, cetusan hati, dan perbuatan yang KOTOR dijulang TINGGI..
itulah bahana CINTA NAFSU!!!
Bangkitlah dan sedarlah sahabat-sahabatku…!!!!!!
semoga kembali kepada AGAMA dan ALLAH SWT yang sebenar-benarnya…amiin..










No comments:

Post a Comment