Pages

thanks for visit me!

Saturday 31 December 2011

Happy New Year!!! *2012*

HAPPY NEW YEAR 2012!
 Alhamdulillah.. kita masih dipanjang umur, harap kita gunakan masa yg ade dgn sebaik2nya... sbb masa yg dah berlalu kita xleh pusing balik kan.. Haa... bila dah mula nk thun bru mesti kamu org ada azam bru kan3... hehe 
macam2 admin dengar dan nmpk azam kat facebook! haha... ada yg nk simpan rambut panjang, ada yg nk jdi rock n rool! , nak jdi ank baik dan byk ag laaa..... apa pown azam kita biarla berpada2...jgn lah smpai keterlaluan dan merosakkan maruah diri dan agama... kan3? dan lagi satu,klau dah berazam tuh.. laksanakan lah, jgn setakat azam kat mulut je nnt jadi mcm *hangat-hangat taik ayam*, xde guno tuh... kalau yg masih belajar tuh,klau berazam nk belajaq sungguh2 n dpt result yg baik..kne lah belajaq betul2 jgn tunda masa kay~~~ Oopss! dari tdi cter pasal azam org je.. admin plak azam ape erk?? hehe..adalah nie... biar DIA je yg taw~~~ harap azam yg kite buat nie, akan mmberi kbaikan pada diri dan org lain... InsyaAllah...

Monday 26 December 2011

TAZKIRAH: Aku sedang diperhatikan oleh Allah

TAZKIRAH: Aku sedang diperhatikan oleh Allah: Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah . SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah. Janga...

TAZKIRAH: Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah

TAZKIRAH: Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah: Toma’ninah perlu dilakukan semasa empat rukun solat iaitu semasa iktidal, rukuk, sujud dan duduk diantara dua sujud. Toma’ninah ialah berh...

Sebelum Kau HALAL Untukku






Ya Allah

aku berdo’a untuk seorang lelaki

yang akan menjadi sebahagian dari hidupku



Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu

Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau



Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting

yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau

dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya

dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia



Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas

Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan



Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi

Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya



Ya Allah

aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu



Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya

Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya

Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya

Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna



Ya Allah

aku juga meminta

Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga

Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku

Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu

Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya

Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya

Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi



Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan :

Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”



Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan

Amin Ya Rabbal ‘alamin

AKU INGINKAN CINTA YANG HALAL"


Anda pun sama... dari diri kita nak pilih yang mana... sesungguhnya ALLAH takkan merubah melainkan kan diri  sendiri yang berubah.... for Your~~~

Waiting SomeOne Special




Ya  Allah... sekali lagi aku rindu dengan lelaki yng di nanti namanya Fareez....
tapi sampai bila kah aku nanti kan dia untuk mnjdi psangan hidup yang kekal hingga ke syurga???
aku dah jatuh cinta kat dia.. tpi dia.. arhh aku tak taw lah klau dia tu ada hati kat aku ke tak.... semua tuh Allah je yang taw... 
yang pnting skrg.. aku msti truskan hidup dn blajar dgn bersungguh2 agar impian yang di angan akan mnjadi knyataan bkn hangat-hangat taik ayam pulak!... InsyaAllah..... 
Btw..Aku hanya bleh berusaha dan pasrah apa jua takdir yng Allah tntukan pda diriku ini...
klau seandainya dia tak ade hati kat aku,apa kan daya aku tak bleh mmaksa drinya mncintaiku...
coz... cinta yng aku mau cinta yng ikhlas n redha dan bukan kerana cinta simpati dri dia,,, apa pown keputusan fareez aku respect dan redha.. :)
klau bleh cinta itu biarlah kekal hingga ke syurga... pembaca pown nak cmtu kan? hehe... 





haaa... lgu kat atas nie.. xtually lgu antara dia dan aku... biasalah.. lgu nie pnuh makna bgi aku taw... sometime bgi semangat kat aku jugak... hehe
 oohh dear fareez... I Will be right here WAITING for you~~~ no matter how long... 

Sunday 25 December 2011

Biarlah bercinta bukan kerana NAFSU!



Apa yg Dyg kongsikan ini bukanlah untuk bacaan semata-mata tapi Dyg mengharapkan kesedaran dalam diri kita. Letakkan lah diri kita ini didalam penulisan ini. sedarkah kita? sombongkah kita tak mahu menerima salahnya kita? atau yakinkah kita cinta kita itu dilihat oleh Allah? sentiasa menyebut insyaAllah, sentiasa mengharap redha Allah, sentiasa merintih kepada Allah tetapi perbualan, perbuatan, mesej, telefon kita semuanya menjurus kepada apa yang di larang ALLAH dan perintah ALLAH SWT..sedarlah sahabat-sahabatku..dikau pembawa AGAMA ISLAM..tak kan kerana cinta itu dikau sanggup meninggalkan AGAMA…!!

ye benar cinta itu fitrah tetapi jika cinta itu didasari dan dijalani dengan maksiat dan kelalaian semata-mata cintamu itu bukan lagi fitrah tetapi adalah kotor dan jijik di mata ALLAH swt.
Sahabat2ku sedarlah kita..berhentilah kita..jauhlah kita daripada cinta yang kotor dan jijik ini dan carilah cinta daripada ALLAH SWT MAHA PENCIPTA!!…



CINTA : (sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
 I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama


(selepas kahwin)
C= cuka yang dituang pada luka.
 I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.





KASIH : (sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.




SAYANG : (sebelum kahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!

A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!

A = apa saja sanggup diduga.

N = nak itu, nak ini… mesti dapat.

G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.

A = air tak sedap, basahlah mata.

Y = yang betul dia je.

A = ada takde, bagi anak reti la.

N = nak dilawan, digelar derhaka.

G = gaduh sampai lebam.




HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa… nak buat macam mana?


                                                      <<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>



tetapi yg seharusnya ialah…
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

KETEGASAN itu suatu cara menyedarkan hati yang keras dan buta dek kerana cinta nafsu….
AGAMA dan ALLAH hanya bermain dimulut…
tetapi sebenarnya AGAMA dan ALLAH teramat jauh dari sekali dari sudut hati..
hingga perkataan, cetusan hati, dan perbuatan yang KOTOR dijulang TINGGI..
itulah bahana CINTA NAFSU!!!
Bangkitlah dan sedarlah sahabat-sahabatku…!!!!!!
semoga kembali kepada AGAMA dan ALLAH SWT yang sebenar-benarnya…amiin..










Saturday 24 December 2011

Kitalah Couple Yang Paling Sweettttt ^,^


Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,
Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.
Kita ini bercintakah?

<———————————————————————>

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?


Awak ,
saya akan tunggu awak, tanpa memegang tangan awak atau pown apa2 yang tak halal sebelum pernikahan... <3



Mudahnya Mencari Isteri Solehah dan Suami Soleh



                       

“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”



“Susah betul nak cari isteri solehah,” luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.

“Macam cari gagak putih,” tambahnya.

“Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat,” katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.

“Dah kahwin?” Akhirnya saya bertanya.

“Belum lagi….”

“Kenapa?” dia pula tersenyum.

“Belum dapat yang solehah?” saya terus mengusik.


“Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak le ni.”

“Oh gitu ….. biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!” usik saya lagi.

“Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang”.

“Kalau tak jumpa, macam mana?”

“Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?”

“Apa syaratnya?”

“Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat….”

“Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu,” balas saya.





UKUR TAKWA


“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.

“Macam mana pula nak ukur takwa tu?”tanya saya.

“Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!”

“Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?” pelawa saya.



ADA CARA LAIN


“Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?”

“Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita”.

“Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi”

“Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain.”







                                                                    LEBIH TEPAT


“Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah.”




                                                         TERLALU IDEAL


“Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?”

“Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah.”

“Ok gak tu!Serampang dua mata,”katanya.

“Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana.”

“Maksudnya?”

“Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu ‘on going process’(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi.”



MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN


“Boleh lebih kurang lah ni ye?”

“Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan.”

“Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?”

“Begini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita….”

“Oh saya faham”

“ Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!”

“Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti.”

“Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri.”


Sekadar ingin berkongsi dengan sahabat2 sekalian..Tapi, ade betul gak kan?? PERCAYALAH,kerna daku sedang berusaha ke arah itu demi sayang padanya krnNYA..




*A K U BAGAI M A N A ? *




Pesanku pada diri “Mendidik diri lebih utama,luv u sygg…”




BerDamai Lah DenGan TAKDIR







Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”

Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!

i miss you? Opss! ^,^'

                                       Jika diikutkan hati nie betapa aku merindui insan yang ku cintai...
      sedang ia tak penah membalas cinta ini.. Apapun aku redha atas segala takdirnya dan aku sentiasa merindunya... siapakah jejaka itu? hanya Allah SWT je yang taw~

                             Aku tak boleh biarkan rindu kepada manusia terus2 menyelubungi diri ini.. Iyelah... seperti kita taw merindui sesama manusia yang melampaui batas akan membawa kemurkaan daripada ALLAH... asaesungguhnya yang berhak dirindui sepenuhnya adalah ALLAH SWT... dia lah yang mencipta kita dan kerana dialah yang memberi rindu kepada diri kita...

                >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

                   i did miss someOne..hem rindu sangat2!..sabarlah duhai hati....T_T




lagu ni saya dengar kalo saya rindu dia,sbb lagu ni buat saya makin rindu dia..erk..memang x patot..tapi saya suka,bila dgr lagu ni saya teringat dia,saya kenang segala apa yang yang dibuat kat saya mcm bgi nasihat cmtu..semuanya untuk kebaikan saya..buat saya lagi semangat,samangat untuk kembalikan semula ape yang diadah buat kat saya.. saya akan menunggunya...Amin ya Rabb..makbulkan angan2ku..

i miss u so much! yes U! my superMen..^^,

Ikhlas


Rasulullah SAW. Bersabda, "sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali yang dilaksanakan dengan ikhlas san dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nisa'i)

Ikhlas, Lillahi taala, hanya untuk ALLAH.

Ikhlas ialah mengasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan mengharapkan keredhaannya tanpa menghara faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi.

Ikhlas ialah apabila seseorang iti melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana menharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.

Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana mengahrapkan redhaNya, kerana mengikut arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.

ikhlas sukar untuk dinilai. Ini adalah kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita. 

Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk kita mengukur hati kita dan berusaha agar benar-benar ikhlas.

Caranya ialah apabila orang puji atau keji pada kita, kita rasa sama sahaja. 
Pujian tidak membanggakan dan kejian tidak mengecewakan kita. Itulah antara tanda ikhlas. 
Bagi orang yang beramal dan melakukan kebaikan, tidak mengharapkan pujian dan tidak berkesan segala kajian itulah ikhlas. 
Bagi orang yang ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan Allah. 


Pernah suatu ketika di dalam peperangan, Sayidina Ali k.w.j diludahi mukanya oleh seorang musuh, terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka dijawab oleh Sayidina Ali, “Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana Allah.” Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup mengenepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.


*inna solaa ti wa nu suki wamah yaa ya wa mamaa ti lillahi rob bil 'a lamin*

Firman Allah, "Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Al-An'am: 162)




Friday 23 December 2011

Wanita Solehah


Rasulullah SAW bersabda, 'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah' (HR Muslim)
Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawan nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang berhak ke atas seorang lelaki?" Jawab nabi; "Ibunya". (HR al-hakim)
Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar  Khatibatin-nisa' telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata; "Aku telah diutus oleh  kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kaum wanita, sering membantu mereka, Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"
Bersabda Rasulullah SAW; "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada , kaum wanita bahawasannya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda; " Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih, atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya Allah." (HR Ibn Hibban)
Seseorang perempuan datang  bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya; "sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga, ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab; "sesungguhnya hak suami terhadap isterinya  sangat lah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya. "(HR Al-Hakim)

Rasul Allah bersabda, " jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, " jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah   kepadanya walaupun ketika itu sedang membakar roti," (Diriwayatkan oleh Ahmad. al-nisa-ie dan al-Tarmizi)

Nabi saw. bersabda, "seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak. " (Diriwayatkan oleh al-Thabrani)

"...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah..." (Surah an-nisaa'. ayat 34)

Rasulullah bersabda, "dan sebaik-baiknya wanita ialah mereka yang boleh menggembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu memyuruhya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkay ketika ketiadaanmu."(HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Aku melihat ke dalam syurga maka melihat kebanyakkan penghuni adalah wanita. " (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : "Allah  tidak akan melihat kepada wanita tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya." (HR Nasa'i)

Sabda Rasulullah s.a.w : "wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syari'e) maka haram baginya mencium wangi syurga. " (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-tirmizi)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni neraka, baginda bersabda :" ... dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala seakan-akan seperti bunggul unta.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak mendapat wangian syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan  sekian dan sekian. " (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Didalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah SAW dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang, Rasulullah SAW melihat syurga dan neraka. ketika baginda meliht pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakkan penghuni adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : "mengapakah (demikian) wahai Rasulullah?" Baginda menjawab : "kerana kekufuran mereka,"kemudian ditanya lagi : " apakah mereka kufur kepada Allah?" Baginda menjawab : "mereka kufur teerhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata :' aku tidak pernah melihat  sedikit pun kebaikan pada dirimu.' "(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Ketika  baginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah SWT anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pn bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda: "Bersedekahlah kamu semua. kerana kebanyakkan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!" Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya:" Mengapakah demikian, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab : kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah bersabda." Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu kedalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka." (HR Ahmad)

Nabi bersabda, "Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha , maka dia akan  masuk syura". (HR At-Tirmidzi)
4rrrrrd

Monday 12 December 2011

Cerita Hati Q

Hai kawan2... haa..nie adalah gambar dyg dengan kawan tapi bagi dyg dia adalah kawan yg istimewe taw bukan yg biasa2 punya!..hehe
dyg tak taw la pulak kalau dia nie ada perasaan yang sama cam dyg nie haa....:( kami sebenarnya baru je kenal tahun nie *tak sampai setahun pown huhu*
dyg sendiri pown tak taw apa jawapan nya nape leh jatuh hati kat laki yg cute molek nie...hehe
padahal dyg dah jerah dan hati pown dah tertutup dah untuk suka2 kat insan yg bernama lelaki kerana sering je dipermainkan..
Tapi bila terjumpa laki kat gambar tu, tiba2 dyg rasa lain.. hmmm tak taw la ape,hari demi hari dyg pendam je apa yg dirasa.. bila dyg fikir2balik,dyg sebenarnya dah jatuh hati kat laki yg senang di pnggil "f" nie.. wallahualam lah...

dyg cuma leh berdoa kat Allah agar diberikan petunjuk atas ujian ini

'YA ALLAH SEKIRANNYA IA DITAKDIRKAN UNTUK KU,MAKA SATUKANLAH HATI KAMI.. SEKIRANYA TIDAK,MAKA JAUHKANLAH PERASAAN INI DARIPADA MENGINGATINYA AGAR HAMBA MU YANG LEMAH INI TAK DITIMPA KEKECEWAAN SEKALI LAGI'
AMIN~~~

*kalau anda dah baca dan rasa cerita nie menarik sila like kay! sayang ketat-ketat semua tidak mau longgaq-longgaq* ^_~


Thursday 20 October 2011

C.I.N.T.A Dan S.A.Y.A(Cinta si baju Biru)




Yang membuka pintu hati ini kepada cinta  adalah seorang lelaki bernama *FF*
yang senang dipanggil Fareez. Tak perlu lah nak tahu nama penuh lelaki nie.. bukannya penting pown..hehe. Dia banyak mengajar saya tentang cinta. Banyak menunjukkan saya cinta.
Banyak mendidik saya akan kebenaran dan kepalsuan yang ada di dalamnya.




Cinta itu tidak hanya terlimit hanya dengan hubungan  lelaki dan perempuan. Tapi turut mencakupi hubungan manusia dengan tuhan. Cinta itu bukan perasaan liar, tanpa kawalan , tetapi dalam cinta wujud peraturan.


Saya rasa  gembira dengan cinta.


Saya senang dengannya.
Sebab itu saya sangat menyayanginya cinta.
Dan menjaganya.


Cinta yang saya tahu..
 Apakah cinta?
Cinta yang say tahu adalah " Ingin bersamanya di syurga" 




Saya hanya tahu yang itu sebab dalam cinta ada kasih dan sayang. Bukan kah amat menghairankan bila saya menyatakan "saya sangat sayangkan awak, kasihkan awak, sepenuh hati saya". Kemudian menyepaknya ke dalam api yang marak.
Nyata itu bukan cinta.


Maka mahu tidak mahu apabila disebut cinta, kit inginkan dia bahagia, kita inginkan orang yang kita cintai itu senang.  Kita inginkan dia tidak sakit. Kita tidak mahu dia cedera. Maka kita patut persoalkan diri kita, apakah bahagia yang tertinggi? Apakah kesenangan yang hakiki?




Bukankah hanya syurga???


Maka adalah sangat pelik, apabila melafazkan cinta, tetapi kita melemparkan orang yang kita cintai itu kedalam neraka.
Apakah kesakitan yamg lebih dasyat daripada neraka?




Maka cinta yang saya tahu hanya itu. "Ingin bersamanya di syurga" 
sekiranya perasaan itu melempar ke neraka, maka itu bukan namanya cinta.
Itu cinta yang saya tahu.


Daripada cinta ini.


Daripada kefahaman cinta yang tadi, maka saya belajar  untuk mempertingkatkan diri.


Yalah,bila faham bahawa kalau cinta itu hendak bersamanya di Syurga, maka mempertingkatkan diri adalah teramat penting.
Bagaimana hendak ke syurga kalau diri masih lalai dan alpa? Bagaimana hendak ke syurga dalam keadaan diri masih ada rasa cinta kepada maksiat dan kemungkaran?


Maka mempertingkatkan diri adalah satu perkara yang wajib, dan kerana cinta itu tadi, kita perlu sentiasa memerhatikan peningkatan diri merancangnya.


Kita perlu menjadi orang yang kuat untuk menarik orang kita cinta  itu ke syurga. Kita perlu menjadi, untuk tidak menyusahkan orang yang kita cinta itu dalam menarik kita ke syurga. 




Kalau benar-benar cinta kita tidak akan melepaskan nya ke neraka. 
Kalau benar-benar cinta, kita akan menyusahkannya dengan menceburkan diri kita kedalam neraka. (menjauhi).
kedua-duanya  memerlukan kita mempertingkatkan diri.
Dan inilah dia cinta yang hakiki.
Inilah sayang yang sebenarnya.
Saya ingin bercinta begitu.
Saya ingin menyayangi orang-orang yang saya sayang begitu.
Saya hanya faham cinta yang ini.
Kalau saya menyebut cinta, saya hanya memaksudkan yang ini.




Maka dengan cinta ini saya tidak jemu. Saya akan terus mencintai orang yang saya cintai. Maka dengan cinta ini saya tidak penat. Saya akan terus mencintai orang yang saya cinta. maka dengan cinta ini saya tidak letih. Saya akan terus mencintai orang yang saya cinta.




walaupun cinta saya dipandang sebelah mata.  walaupun kadangkala dipandang merimaskan. walaupun adakalanya dipandang jelek dan hanya kelihatan sebagai kata-kata.




Bila hendak memanifestikan "hendak bersama dengannya di syurga", maka hendak tidak hendak, saya perlu membina cinta ini di atas "tuan punya syurga".
Yakni Allah S.W.T.. Cinta saya mesti berpaksikan dia mengharapkan balasannya dan mengharapkan keredhaanNya....


 sebab itu cinta ini akan terus saya jalankan. Tanpa peduli apa penerimaan daripada orang yang saya cintai.
Tanpa kisah apa jenis balasan yang diberikan oleh mereka.


sebab bila saya kata bahawa definisi cinta adalah"hendak bersamanya di syurga" maka secara automatik saya sudah niatkan bahawa cinta saya adalah keranaNya.


Dialah yang membalas penat lelah saya.
Dialah hakim kepada cinta saya.
Dialah yang akan memberi ganjaran.
sebab itu didalam cinta ini, walaupun wujud Mehnah dan tribulahi tetap kesenangan dan kebahagian juga yang menghampiri.


sebab semuanya bergantng kepada Allah s.w.t. dan berpaksikan perintahnya. Tiada kekecewaan kerana Allah tidak pernah mengecewakan.


Tugas saya adalah mencintai dengan kecintaan ini.


Cinta ini tidak pernah mengecewakan, dan saya tidak faham akan cinta melainkan cinta yang sebegini. 
Kerana itu cinta ini menyenangkan 
Kerana itu cinta ini mengindahkan
Tiada kenegatifan yang ada hanyalah sesuatu yang positif. 
Jika diganggu pancaroba penawar senantiasa ada.
Jika rasa kecewa, kejelasan niat sentiasa menyelamatkan jiwa.


Cinta ini melapangkan.
Cinta ini memberikan kekuatan.
Cinta ini memberikan kesedaran.
Cinta ini melahirkan sayang, dan sayang di dalam cinta ini tak akan malap cintanya namun menjamin diri untuk kesyurga.


Sebab itu cinta ini menyenangkan, saya hanya faham cinta ini dengan kefahaman.


Selagi yang boleh memberikan ini, itu bukan cinta pada tafsiran saya. Sebab itu "cinta palsu". Tidak diiktiraf oleh saya. Apa-apa yang melanggar syarak menjemput murka Allah, dan melempar diri ke neraka itu bukannya cinta pada saya. Melempar seseorang ke dalam api dan itu dinamakan sayang?? saya tidak pernah mendengarnya.


-Cinta ini banyak mengubah saya-


Ketiadaan cinta membuatkan hati menjadi keras, dan diri sukar untuk tunduk. Ketiadaan cinta membuatkan jiwa sepi dan diri sukar merasakan ketenangan.


Tetapi bila bercinta, hati menjadi lembut, jiwa menjadi lapang. Sentiasa rasa ingin tersenyum. Sentiasa rasa ingin mengasih hari yang lain. Sentiasa rasa ingin menjadi yang lebih baik. Sentiasa cuba melakukan yang terbaik. Sentiasa berusaha memaafkan. Sentiasa berusaha untuk menebus kesalahan.


Semuanya untuk diredhai Allah, agar mendapat tempat di syurga nya.
Semuanya untuk dikasihi Allah, agar mendapat kekuatan untuk menguatkan orang selain daripada diri kita. Semuanya untuk menyempurnakan misi "ingin bersamanya disyurga".


Ingin bersama ibu bapa di syurga. 
Ingin bersama dengan anak-anak di syurga.
Ingin bersama sahabat-sahabat di syurga.
Ingin dapat bertemu Rasulullah SAW dan para sahabat baginda di Syurga.
Ingin dapat bersama Allah SWT di sana.


Bukankah menyedihkan, hidup selama-lamanya tanpa itu semua? Bahkan dalam penderitaan?


memahami cinta ini membuatkan saya berusahai dan menggerakkan hati dan diri sendiri.
Semoga saya benar-benar dapat memanisfestasikan cinta ini dalam kehidupan.


AMIN.


                                                                                                                              by Dayang <3