Pages

thanks for visit me!

Thursday 20 October 2011

C.I.N.T.A Dan S.A.Y.A(Cinta si baju Biru)




Yang membuka pintu hati ini kepada cinta  adalah seorang lelaki bernama *FF*
yang senang dipanggil Fareez. Tak perlu lah nak tahu nama penuh lelaki nie.. bukannya penting pown..hehe. Dia banyak mengajar saya tentang cinta. Banyak menunjukkan saya cinta.
Banyak mendidik saya akan kebenaran dan kepalsuan yang ada di dalamnya.




Cinta itu tidak hanya terlimit hanya dengan hubungan  lelaki dan perempuan. Tapi turut mencakupi hubungan manusia dengan tuhan. Cinta itu bukan perasaan liar, tanpa kawalan , tetapi dalam cinta wujud peraturan.


Saya rasa  gembira dengan cinta.


Saya senang dengannya.
Sebab itu saya sangat menyayanginya cinta.
Dan menjaganya.


Cinta yang saya tahu..
 Apakah cinta?
Cinta yang say tahu adalah " Ingin bersamanya di syurga" 




Saya hanya tahu yang itu sebab dalam cinta ada kasih dan sayang. Bukan kah amat menghairankan bila saya menyatakan "saya sangat sayangkan awak, kasihkan awak, sepenuh hati saya". Kemudian menyepaknya ke dalam api yang marak.
Nyata itu bukan cinta.


Maka mahu tidak mahu apabila disebut cinta, kit inginkan dia bahagia, kita inginkan orang yang kita cintai itu senang.  Kita inginkan dia tidak sakit. Kita tidak mahu dia cedera. Maka kita patut persoalkan diri kita, apakah bahagia yang tertinggi? Apakah kesenangan yang hakiki?




Bukankah hanya syurga???


Maka adalah sangat pelik, apabila melafazkan cinta, tetapi kita melemparkan orang yang kita cintai itu kedalam neraka.
Apakah kesakitan yamg lebih dasyat daripada neraka?




Maka cinta yang saya tahu hanya itu. "Ingin bersamanya di syurga" 
sekiranya perasaan itu melempar ke neraka, maka itu bukan namanya cinta.
Itu cinta yang saya tahu.


Daripada cinta ini.


Daripada kefahaman cinta yang tadi, maka saya belajar  untuk mempertingkatkan diri.


Yalah,bila faham bahawa kalau cinta itu hendak bersamanya di Syurga, maka mempertingkatkan diri adalah teramat penting.
Bagaimana hendak ke syurga kalau diri masih lalai dan alpa? Bagaimana hendak ke syurga dalam keadaan diri masih ada rasa cinta kepada maksiat dan kemungkaran?


Maka mempertingkatkan diri adalah satu perkara yang wajib, dan kerana cinta itu tadi, kita perlu sentiasa memerhatikan peningkatan diri merancangnya.


Kita perlu menjadi orang yang kuat untuk menarik orang kita cinta  itu ke syurga. Kita perlu menjadi, untuk tidak menyusahkan orang yang kita cinta itu dalam menarik kita ke syurga. 




Kalau benar-benar cinta kita tidak akan melepaskan nya ke neraka. 
Kalau benar-benar cinta, kita akan menyusahkannya dengan menceburkan diri kita kedalam neraka. (menjauhi).
kedua-duanya  memerlukan kita mempertingkatkan diri.
Dan inilah dia cinta yang hakiki.
Inilah sayang yang sebenarnya.
Saya ingin bercinta begitu.
Saya ingin menyayangi orang-orang yang saya sayang begitu.
Saya hanya faham cinta yang ini.
Kalau saya menyebut cinta, saya hanya memaksudkan yang ini.




Maka dengan cinta ini saya tidak jemu. Saya akan terus mencintai orang yang saya cintai. Maka dengan cinta ini saya tidak penat. Saya akan terus mencintai orang yang saya cinta. maka dengan cinta ini saya tidak letih. Saya akan terus mencintai orang yang saya cinta.




walaupun cinta saya dipandang sebelah mata.  walaupun kadangkala dipandang merimaskan. walaupun adakalanya dipandang jelek dan hanya kelihatan sebagai kata-kata.




Bila hendak memanifestikan "hendak bersama dengannya di syurga", maka hendak tidak hendak, saya perlu membina cinta ini di atas "tuan punya syurga".
Yakni Allah S.W.T.. Cinta saya mesti berpaksikan dia mengharapkan balasannya dan mengharapkan keredhaanNya....


 sebab itu cinta ini akan terus saya jalankan. Tanpa peduli apa penerimaan daripada orang yang saya cintai.
Tanpa kisah apa jenis balasan yang diberikan oleh mereka.


sebab bila saya kata bahawa definisi cinta adalah"hendak bersamanya di syurga" maka secara automatik saya sudah niatkan bahawa cinta saya adalah keranaNya.


Dialah yang membalas penat lelah saya.
Dialah hakim kepada cinta saya.
Dialah yang akan memberi ganjaran.
sebab itu didalam cinta ini, walaupun wujud Mehnah dan tribulahi tetap kesenangan dan kebahagian juga yang menghampiri.


sebab semuanya bergantng kepada Allah s.w.t. dan berpaksikan perintahnya. Tiada kekecewaan kerana Allah tidak pernah mengecewakan.


Tugas saya adalah mencintai dengan kecintaan ini.


Cinta ini tidak pernah mengecewakan, dan saya tidak faham akan cinta melainkan cinta yang sebegini. 
Kerana itu cinta ini menyenangkan 
Kerana itu cinta ini mengindahkan
Tiada kenegatifan yang ada hanyalah sesuatu yang positif. 
Jika diganggu pancaroba penawar senantiasa ada.
Jika rasa kecewa, kejelasan niat sentiasa menyelamatkan jiwa.


Cinta ini melapangkan.
Cinta ini memberikan kekuatan.
Cinta ini memberikan kesedaran.
Cinta ini melahirkan sayang, dan sayang di dalam cinta ini tak akan malap cintanya namun menjamin diri untuk kesyurga.


Sebab itu cinta ini menyenangkan, saya hanya faham cinta ini dengan kefahaman.


Selagi yang boleh memberikan ini, itu bukan cinta pada tafsiran saya. Sebab itu "cinta palsu". Tidak diiktiraf oleh saya. Apa-apa yang melanggar syarak menjemput murka Allah, dan melempar diri ke neraka itu bukannya cinta pada saya. Melempar seseorang ke dalam api dan itu dinamakan sayang?? saya tidak pernah mendengarnya.


-Cinta ini banyak mengubah saya-


Ketiadaan cinta membuatkan hati menjadi keras, dan diri sukar untuk tunduk. Ketiadaan cinta membuatkan jiwa sepi dan diri sukar merasakan ketenangan.


Tetapi bila bercinta, hati menjadi lembut, jiwa menjadi lapang. Sentiasa rasa ingin tersenyum. Sentiasa rasa ingin mengasih hari yang lain. Sentiasa rasa ingin menjadi yang lebih baik. Sentiasa cuba melakukan yang terbaik. Sentiasa berusaha memaafkan. Sentiasa berusaha untuk menebus kesalahan.


Semuanya untuk diredhai Allah, agar mendapat tempat di syurga nya.
Semuanya untuk dikasihi Allah, agar mendapat kekuatan untuk menguatkan orang selain daripada diri kita. Semuanya untuk menyempurnakan misi "ingin bersamanya disyurga".


Ingin bersama ibu bapa di syurga. 
Ingin bersama dengan anak-anak di syurga.
Ingin bersama sahabat-sahabat di syurga.
Ingin dapat bertemu Rasulullah SAW dan para sahabat baginda di Syurga.
Ingin dapat bersama Allah SWT di sana.


Bukankah menyedihkan, hidup selama-lamanya tanpa itu semua? Bahkan dalam penderitaan?


memahami cinta ini membuatkan saya berusahai dan menggerakkan hati dan diri sendiri.
Semoga saya benar-benar dapat memanisfestasikan cinta ini dalam kehidupan.


AMIN.


                                                                                                                              by Dayang <3