Pages

thanks for visit me!

Saturday 12 May 2012

kisah seorang gadis ^,^

Assalamulaikum...

Hari ini aku duduk di ruang yang selesa keseorangan, melihat gelagat odan ragam orang yang lalu-lalang.hehe kadang-kadang melayan costumer  kalau ada. Aku bekerja setiap minggu untuk mencari rezeki, iyelah, orng tua aku bukannya mempunyai kerja yang tetap.. jadi, aku bekerja untuk meringankan beban orang tua, lagi pun banyak peralatan sekolah yang aku kena beli, biaselah pelajar sekolah perlu mempunyai peralatan yang cukup, susah juga kalau nak pinjam dengan kengkawan..hihihi...

Belajar sambil kerja bukan lah senang, tapi kalau seseorang itu pandai dalam pengurusan masa insyaAllah setiap urusan akan berjalan dengan mudah. selain itu, jangan lupa untuk berdoa kepada yang Esa bagi meringankan segala beban dan urusan kehidupan.

Tahun ini, merupakan tahun yang sangat sibuk, banyak aktiviti wajib ikut. maklumlah tugas seorang ketua pengawas bukannya senang malah perlu memastikan semua yang berkaitan perlu dilakukan dengan lancar, mengarah sana sini,   urus pasal kem dan yang lain-lain program tahunan. oleh sebab itu, kokurikulum perlu diimbangkan dengan akademik, agar prestasi pelajaran tidak merosot.

tahun ini, merupakan tahun terakhir aku memakai baju sekolah,, horaiii!! hehe, dan akan menduduki exam juga, jadi, aku mohon agar para pembaca mendoakan aku mendapat keputusan yang terbaik.

Terima Kasih! <3

Saturday 31 December 2011

Happy New Year!!! *2012*

HAPPY NEW YEAR 2012!
 Alhamdulillah.. kita masih dipanjang umur, harap kita gunakan masa yg ade dgn sebaik2nya... sbb masa yg dah berlalu kita xleh pusing balik kan.. Haa... bila dah mula nk thun bru mesti kamu org ada azam bru kan3... hehe 
macam2 admin dengar dan nmpk azam kat facebook! haha... ada yg nk simpan rambut panjang, ada yg nk jdi rock n rool! , nak jdi ank baik dan byk ag laaa..... apa pown azam kita biarla berpada2...jgn lah smpai keterlaluan dan merosakkan maruah diri dan agama... kan3? dan lagi satu,klau dah berazam tuh.. laksanakan lah, jgn setakat azam kat mulut je nnt jadi mcm *hangat-hangat taik ayam*, xde guno tuh... kalau yg masih belajar tuh,klau berazam nk belajaq sungguh2 n dpt result yg baik..kne lah belajaq betul2 jgn tunda masa kay~~~ Oopss! dari tdi cter pasal azam org je.. admin plak azam ape erk?? hehe..adalah nie... biar DIA je yg taw~~~ harap azam yg kite buat nie, akan mmberi kbaikan pada diri dan org lain... InsyaAllah...

Monday 26 December 2011

TAZKIRAH: Aku sedang diperhatikan oleh Allah

TAZKIRAH: Aku sedang diperhatikan oleh Allah: Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah . SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah. Janga...

TAZKIRAH: Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah

TAZKIRAH: Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah: Toma’ninah perlu dilakukan semasa empat rukun solat iaitu semasa iktidal, rukuk, sujud dan duduk diantara dua sujud. Toma’ninah ialah berh...

Sebelum Kau HALAL Untukku






Ya Allah

aku berdo’a untuk seorang lelaki

yang akan menjadi sebahagian dari hidupku



Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu

Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau



Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting

yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau

dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya

dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia



Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas

Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan



Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi

Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya



Ya Allah

aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu



Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya

Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya

Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya

Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna



Ya Allah

aku juga meminta

Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga

Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku

Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu

Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya

Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya

Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi



Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan :

Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”



Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan

Amin Ya Rabbal ‘alamin

AKU INGINKAN CINTA YANG HALAL"


Anda pun sama... dari diri kita nak pilih yang mana... sesungguhnya ALLAH takkan merubah melainkan kan diri  sendiri yang berubah.... for Your~~~

Waiting SomeOne Special




Ya  Allah... sekali lagi aku rindu dengan lelaki yng di nanti namanya Fareez....
tapi sampai bila kah aku nanti kan dia untuk mnjdi psangan hidup yang kekal hingga ke syurga???
aku dah jatuh cinta kat dia.. tpi dia.. arhh aku tak taw lah klau dia tu ada hati kat aku ke tak.... semua tuh Allah je yang taw... 
yang pnting skrg.. aku msti truskan hidup dn blajar dgn bersungguh2 agar impian yang di angan akan mnjadi knyataan bkn hangat-hangat taik ayam pulak!... InsyaAllah..... 
Btw..Aku hanya bleh berusaha dan pasrah apa jua takdir yng Allah tntukan pda diriku ini...
klau seandainya dia tak ade hati kat aku,apa kan daya aku tak bleh mmaksa drinya mncintaiku...
coz... cinta yng aku mau cinta yng ikhlas n redha dan bukan kerana cinta simpati dri dia,,, apa pown keputusan fareez aku respect dan redha.. :)
klau bleh cinta itu biarlah kekal hingga ke syurga... pembaca pown nak cmtu kan? hehe... 





haaa... lgu kat atas nie.. xtually lgu antara dia dan aku... biasalah.. lgu nie pnuh makna bgi aku taw... sometime bgi semangat kat aku jugak... hehe
 oohh dear fareez... I Will be right here WAITING for you~~~ no matter how long... 

Sunday 25 December 2011

Biarlah bercinta bukan kerana NAFSU!



Apa yg Dyg kongsikan ini bukanlah untuk bacaan semata-mata tapi Dyg mengharapkan kesedaran dalam diri kita. Letakkan lah diri kita ini didalam penulisan ini. sedarkah kita? sombongkah kita tak mahu menerima salahnya kita? atau yakinkah kita cinta kita itu dilihat oleh Allah? sentiasa menyebut insyaAllah, sentiasa mengharap redha Allah, sentiasa merintih kepada Allah tetapi perbualan, perbuatan, mesej, telefon kita semuanya menjurus kepada apa yang di larang ALLAH dan perintah ALLAH SWT..sedarlah sahabat-sahabatku..dikau pembawa AGAMA ISLAM..tak kan kerana cinta itu dikau sanggup meninggalkan AGAMA…!!

ye benar cinta itu fitrah tetapi jika cinta itu didasari dan dijalani dengan maksiat dan kelalaian semata-mata cintamu itu bukan lagi fitrah tetapi adalah kotor dan jijik di mata ALLAH swt.
Sahabat2ku sedarlah kita..berhentilah kita..jauhlah kita daripada cinta yang kotor dan jijik ini dan carilah cinta daripada ALLAH SWT MAHA PENCIPTA!!…



CINTA : (sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
 I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama


(selepas kahwin)
C= cuka yang dituang pada luka.
 I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.





KASIH : (sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.




SAYANG : (sebelum kahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!

A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!

A = apa saja sanggup diduga.

N = nak itu, nak ini… mesti dapat.

G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.

A = air tak sedap, basahlah mata.

Y = yang betul dia je.

A = ada takde, bagi anak reti la.

N = nak dilawan, digelar derhaka.

G = gaduh sampai lebam.




HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa… nak buat macam mana?


                                                      <<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>



tetapi yg seharusnya ialah…
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

KETEGASAN itu suatu cara menyedarkan hati yang keras dan buta dek kerana cinta nafsu….
AGAMA dan ALLAH hanya bermain dimulut…
tetapi sebenarnya AGAMA dan ALLAH teramat jauh dari sekali dari sudut hati..
hingga perkataan, cetusan hati, dan perbuatan yang KOTOR dijulang TINGGI..
itulah bahana CINTA NAFSU!!!
Bangkitlah dan sedarlah sahabat-sahabatku…!!!!!!
semoga kembali kepada AGAMA dan ALLAH SWT yang sebenar-benarnya…amiin..